Jom Travel Ke Bali ,Apa yang anda kena tahu [PANDUAN TERKINI]

Updated: Aug 27, 2019

Dari dulu lagi Pulau Bali merupakan tumpuan seluruh dunia. Apa yang menarik tentang Bali?

Ingin melancong ke Bali? Sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau seribu kuil memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik.

Pulau Bali amat sesuai sebagai tempat pelancongan atau percutian kerana pulau ini amat sangat diminati para pelancong dalam dan luar negara.

Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan serta budaya yang unik jadi tarikan utama ke Pulau Bali.



Pulau Bali, antara pulau yang menjadi pilihan pelancong samada dalam atau luar negara.

Terkenal dengan jolokan pulau seribu kuil ini merupakan sebuah tempat yang sudah dijadikan tempat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Pernah dengar nama-nama pulau seperti Pulau Kuta, Ubud dan Nusa Dua?

Jika anda tidak pernah mendengarnya, nama-nama tersebut adalah nama-nama sebahagian pulau di Bali.

Yang banyak menawarkan tempat-tempat yang menarik untuk di lawati dan mempunyai banyak perkhidmatan yang disediakan khas untuk para pelancong.

Malah yang uniknya disini seni bina yang bercirikan seni bina Bali eksotik dan moden.

Tempat yang sesuai untuk dilawati oleh semua lapisan masyarakat, Bali sentiasa menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat samada yang berkeluarga.

Juga ahli perniagaan dan juga rombongan-rombongan daripada seluruh pelusuk dunia yang dahagakan kecantkan semulajadi Bali.

Tanah Lot -Pemandangan Menakjubkan Bali


Tempat-tempat menarik di Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, Uluwatu dan lain-lain adalah tempat yang mampu menggamit memori anda bersama keluarga ataupun dengan yang tersayang.

Tempat-tempat ini juga sangat sesuai bagi pasangan yang ingin berbulan-madu.

Malah jika mahu membawa pulang cenderahati kepada rakan-rakan dan keluarga, anda boleh juga singgah di kedai cenderahati di Celuk, Mas, Legian, Sukawatidan lain-lain.



Perkampungan Celuk sangat terkenal dengan hasil seninya tinggi dalam ukiran seni emas dan perak. Malah selepas anda ke Celuk anda boleh melawat perkampungan Mas yang menjadi pusat ukiran kayu yang terkenal di Bali.


Kuil Goa Gajah, sebuah kuil lama yang telah wujud sejak abad ke-11 lagi yang menunjukkan pegaruh Hindu-Buddha di Bali pada suatu masa dahulu.


Bagi mereka yang melihat pemandangan kawah gunung berapi yang telah lama tidak aktif, boleh ke Kintamani.


Mungkin bagi yang ingin mencuba makan tengahari yang menarik dan sedap boleh melawat Restoran Batur Sari yang berhampiran dengan Tasik Batur, sebuah tasik yang terbentuk di kaki gunung dan mempunyai keindahan yang cukup mempesonakan.



Ingin mencuba kopi percuma? Anda boleh singgah di kawasan Ladang Kopi Bali yang memberikan peluang untuk anda merasakan kopi Bali secara percuma disini.

Tohpati sebuah kawasan yang mempunyai industri batik yang sememangnya popular bagi penggemar batik.


Disini anda akan banyak menemui galeri batik dan disini jugalah anda dapat melihat pembuatan batik samada batik cetak atau batik tenun yang dihasilkan secara langsung.



Bagi mereka yang ingin melawat tempat pembuatan barangan perak, bolehlah melawat ke Celuk sebuah kawasan yang mengasakan perusahaan perak dan emas di bali.


Untuk pengetahuan anda Celuk adalah kawasan yang terkenal dengan pembuatan emas dan perak di Indonesia.

Anda akan dapat menyaksikan langsung proses pembuatan dan hasil kerajinan perak serta emas di daerah ini.

Anda juga dapat membeli langsung kerajinan perak dan emas yang tersedia di art shop sepanjang kawasan Celuk ini.


Baca Juga: https://www.jomhoneymoon.com/post/5-tips-yang-patut-anda-lakukan-apabila-melancong-ke-turki


Akhir sekali, Ubud sebuah tempat yang terkenal dengan kecantikan semulajadi ekoran lokasinya yang terletaj di kawasan sawah dah hutan.

Malah gunung-gunung di sekitar kawasannya membuatkan pemandangan disini sangat indah.

Kehidupan masyarakat disini tidak terlepas daripada budaya dan kesenian yang diwarisi turun-temurun.

Banyak galeri-galeri seni yang diwujudkan disini dan disini setiap malam tidak sunyi dengan pertunjukan musik dan tari menari.



Bagi anda yang berminat untuk merasai keindahan dan keajaiban di Bali , Pakej kami bermula serendah RM 250 untuk 3 Hari 2 Malam ( Pakej Ground)

Sekiranya ingin kan harga dengan penerbangan , jangan segan untuk bertanya kepada konsultan Perjalanan Kami di pautan ini --->

https://www.jomtravel.com.my/pakej-bali-murah-dan-bali-villa


Selamat bercuti

Pakej Bali

SHAHMIE VACATION SDN BHD

(KPL 9835) 1243721-A

 

A-17-2nd Floor, Jalan Nautika No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor


Telephone : 03-6158 6313( Hunting line)
Email: jabir@shahmievacation.com

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9836

SSM 1243721-A

 

 

VISITOR COUNTER

pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com