100 Tips Bercuti di Turki dan Membeli Belah di Turki dan Istanbul



Selamat membaca semua

Hari ni , admin berminat untuk berkongsi tips dan rahsia untuk menambahkan pengalaman bercuti di Turki dan tips membeli belah bershopping di sana

1. Visa Percuma selama 90 hari bagi rakyat Malaysia, melancong tanpa perlu fikir untuk memohon visa.

2. Dua Benua Turki dari segi goegrafi terletak di dalam dua benua, boleh cover dua benua sekali.

3. Unik Setiap negeri yang dilawati mempunyai kesan sejarah & tempat yang berbeza dari tempat lain.

4. Panorama Dapatkan 'view' yang ohsem di Cappadocia, kata orang tak sah kalau ke Turki tak jejak ke Cappadocia. Sambil naik 'Hot Air Ballon' melihat muka bumi Cappadocia yang pernah menjadi tempat lakonan filem 'Star Wars'.

5. Musim Negara ini mempunyai 4 musim, yang sememangnya menjadi kegemaran orang kita nak travel ke negara yang mempunyai 4 musim ini.

6.PILIHAN MUSIM MELAWAT TURKI 1) MUSIM SEJUK-WINTER ( DECEMBER - MARCH) 2) MUSIM BUNGA-SPRING ( APRIL -MAY) 3) MUSIM PANAS -SUMMER ( JUN -SEPTEMBER) 4) MUSIM LURUH -(OKTOBER-NOVEMBER)

​ i. Musim sejuk di Turki ,harga Pakej Turki lebih mahal kerana cuti sekolah dan peserta berkesempatan untuk bermain salji cuma peserta perlu tahan sejuk. Waktu siangnya juga pendek. Musim sejuk sekitar bulan Disember sehingga Mac.

ii. Musim bunga di Turki paling cantik bermula 1 April sehingga 30 April. Cuaca panas tetapi berangin sejuk. Istanbul dipenuhi dengan bunga tulip.Ini adalah tempoh paling sesuai bagi peserta yang mahu cuaca selesa untuk bercuti .

iii. Musim panas di Turki sekitar Mei sehingga September. Waktu siang lebih panjang, banyak aktiviti boleh dilakukan. Harga hotel naik 2 kali ganda dari biasa. Pelancong memenuhi Turki sekitar musim ini terutamanya pelancong Eropah .

iv. Musim luruh di Turki sekitar Oktober dan November. Cuaca tidak panas cuma kadangkala hujan. Istanbul mulai lengang dengan pelancong. Daun-daun maple kuning keemasan boleh dilihat sekitar bulan November.

TIPS KHAS UNTUK BACKPACKER

1. Lokasi hotel

Pilih hotel di sekitar Sirkeci. Kedudukan Sirkeci ini antara Sultan Ahmet dan Spice Bazar. Jaraknya berjalan kaki sahaja. Dekat dengan tempat makan murah, stesyen tramvay, tempat shoping murah & Bosphorus cruise.

Baca: 6 Jenis Hotel Di Turki Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Tempahan Bilik

2. Harga makanan

Sebelum duduk makan pastikan lihat harga pada menu dahulu. Tetapi sesetengah tempat walaupun harga makanannya mahal, boleh dimakan untuk 2 orang kerana hidangannya banyak.

3. Makanan Turki

Rasa makanan Turki berlainan dengan makanan Malaysia yang penuh rempah dan pedas. Makanan Turki agak kurang dari segi rasanya terutamanya makanan untuk sarapan. Mereka hanya makan roti, jem, buah, keju & zaiton. Jika tekak anda sememangnya selera Melayu yang memerlukan makanan pedas anda disarankan membawa cili sos, sardin atau apa-apa yang pedas.

Nasi agak mudah untuk didapati di Turki cuma rasanya agak berlainan kerana ia dimasakkan dengan mentega. Harga nasi juga agak mahal sekitar 4 – 6 Lira semangkuk kecil.

4. Duit

Tukar duit euro di Malaysia kemudian tukar duit Turki Lira di Istanbul.

Jangan tukar duit di pengurup wang di lapangan terbang kerana mereka mengenakan caj 4%. Pengurup wang yang dengan rate berpatutan boleh didapati dalam Grand Bazar dan di stesen tram Aksaray dan Laleli.

5. ATM

Cara yang lebih baik untuk uruskan wang anda sewaktu travel di sini adalah dengan mengaktifkan pengeluaran antarabangsa kad ATM Malaysia anda sebelum keluar negara.

Kadar tukaran bank-bank Malaysia berikan selalunya lebih baik, cuma perlu bayar caj pengeluaran antarabangsa sebanyak RM10.60 (tertakluk pada bank masing-masing).

Cuma ada sesetengah bank Turki akan mengenakan caj 4%. Mereka akan menyatakan di skrin sebelum anda tekan “OK” untuk pengeluaran duit. Jika anda tidak setuju boleh batalkan transaksi dan cari bank lain.

Antara bank Turki yang ok ialah ING bank, AK bank, Kuveyt bank dan Vakif bank. Bank-bank ini boleh mengeluarkan 3000 Lira (RM3200) sekali transaksi.

6. Waktu terbaik ke Turki

Turki ada 4 musim.

i. Musim sejuk harga lebih murah dan boleh bermain salji cumanya kena tahan sejuk. Waktu siangnya juga pendek. Musim sejuk sekitar bulan Disember sehingga Mac.

ii. Musim bunga paling cantik bermula 1 April sehingga 30 April. Cuaca panas tetapi berangin sejuk. Istanbul dipenuhi dengan bunga tulip.

iii. Musim panas sekitar Mei sehingga September. Waktu siang lebih panjang, banyak aktiviti boleh dilakukan. Harga hotel naik 2 kali ganda dari biasa. Pelancong memenuhi Turki sekitar musim ini.

iv. Musim luruh sekitar Oktober dan November. Cuaca tidak panas cuma kadangkala hujan. Istanbul mulai lengang dengan pelancong. Daun-daun maple kuning keemasan boleh dilihat sekitar bulan November.

7. Bahasa

Kebanyakkan orang Turki tidak tahu bertutur bahasa Inggeris. Mereka yang tahu bertutur bahasa Inggeris mungkin hanya boleh dijumpai di kaunter hotel atau bazar-bazar.

8. Tandas

Hampir kesemua tandas Turki mengenakan bayaran sebanyak 1 Turkish Lira (bersamaan RM1.20). Ketika musim sejuk mungkin anda lebih kerap ke tandas.Jadi setiap kali ke restoran gunakan tandas restoran atau stesyen minyak bagi menjimatkan duit tandas anda.

9. Membeli belah

Bazar yang popular di Turki ialah Grand Bazar dan Spice Bazar. Grand bazar lebih banyak barang-barang pilihan cumanya harga lebih mahal daripada Spice bazar.

Pastikan anda minta diskaun sehingga 60% di Grand Bazar! Peminat barangan kulit boleh dapatkan harga lebih murah di Bursa.

10. Lapangan terbang (Airport)

Istanbul ada 2 lapangan terbang. Pertama, lapangan terbang Ataturk, dan yang kedua lapangan terbang Sabiha Gochen.

Pilih lapangan terbang Ataturk kerana ia lebih dekat dengan Sultan Ahmet. Sabiha Gochen pula terletak di bahagian Asia.

11. Wuduk

Jika anda melancong ke Turki pada musim sejuk, pastikan anda sudah mengambil air wuduk ketika di hotel.

Ini bagi mengelakkan anda tidak tahan dengan kesejukan jika mengambil wuduk di luar. Kebanyakkan tempat wuduk di masjid-masjid di sini tidak mempunyai heater.

12. Wifi dan simkad

Turki adalah negara yang tidak mesra wifi. Lapangan terbang dan restoran kebanyakkannya tidak mempunyai kemudahan wifi. Simkadnya pula agak mahal.

Biasanya simkad beserta internet 1GB berharga 70 – 80 Lira. Jika anda bersama teman, mungkin boleh beli satu simkad beserta pakej internet 3GB. Aktifkan hotspot dan berkongsi dengan teman-teman anda.

13. Istanbul kart

Kad ini sangat berguna untuk anda berjalan sekitar Istanbul. Kad ini boleh digunakan untuk semua train, bas, feri, cable car di Eyup Sultan dan tandas. Kad ini berharga 7 Lira.

Boleh dibeli di mesin kad tramWay di tingkat bawah lapangan terbang Ataturk. Juga boleh didapati di kiosk-kiosk sekitar stessen tram.

14. Keselamatan

Di Turki tiada kes ragut, penyeluk saku dan sebagainya. Tetapi akviti scammer dan ‘pow’ pernah berlaku kepada pelancong Malaysia. Contohnya:

i. Jika anda disapa oleh orang Turki yang mengajak anda minum kopi di pub, jangan sesekali mengikutinya. Anda mungkin terpaksa bayar harga secawan kopi yang bernilai 500 USD.

ii. Naik teksi bermeter, jika tidak kemungkinan anda di ‘pow’ oleh pemandu teksi adalah tinggi. Tetapi kebanyakkan teksi di Turki mempunyai meter yang sah.

15. Niat

Berjalanlah ke Turki dengan niat untuk mempelajari sejarah dan budaya yang ada di Turki. Kegemilangan Islam memerintah 2 per 3 dunia pernah ada di sini.Lihat bagaimana cara orang Turki hidup atau bagaimana mereka menjaga kebersihan. Jangan pulang dari Turki sekadar dengan gambar selfie penuh di album. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


**Pakej Turki Murah FullBoard dari RM3,699 Perperson** Perlepasan sepanjang Tahun untuk pakej Turki Murah terbaik dari Travel Agent berlesen dan berpengalaman sejak Tahun 2014..Percuma Bosphorus Cruise Persendirian dan Penginapan hotel 4 Bintang

tempahan : www.wasap.my/60106000300/pakej-Turki www.jomtravel.com.my/pakej-turki-murah-terbaik


6 views

SHAHMIE VACATION SDN BHD

(KPL 9835) 1243721-A

 

A-17-2nd Floor, Jalan Nautika No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor


Telephone : 03-6158 6313( Hunting line)
Email: jabir@shahmievacation.com

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9836

SSM 1243721-A

 

 

VISITOR COUNTER

pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com