10 SEBAB ANDA PERLU NAIK CRUISE



1.PELAYARAN BEBAS


Star Cruises Superstar Libra merupakan perintis di rantau ini bagi pelayaran bebas, yang bermaksud kebebasan sepenuhnya di atas kapal!

Anda boleh makan apa sahaja jenis masakan yang disediakan dan melakukan apa sahaja aktiviti kesukaan anda, bila-bila masa anda inginkan atau anda sekadar beristirehat tanpa berbuat apa-apa.

2.HIBURAN BERTARAF DUNIA


Star Cruises menyediakan anda dengan pelbagai aktiviti hiburan bertaraf dunia di atas kapal, semuanya demi untuk menawarkan anda pengalaman yang memuaskan dan pelbagai, untuk memastikan anda pulang dengan kenangan terindah sekali.

Ini termasuklah dari persembahan artis-artis antarabangsa yang telah memenangi pelbagai anugerah kepada krew-krew produksi pertunjukan bernilai jutaan ringgit dan banyak lagi!

Semak sorotan terkini berdasarkan pakej Libra yang disediakan.

3. PELBAGAI PILIHAN MAKANAN (HALAL)


Sehingga 6 Hidangan Lengkap Setiap Hari

Chef pakar kami amat bersemangat untuk menyediakan hidangan yang paling lazat sahaja, yang terdiri daripada masakan eksotik Asia dan Cina, Benua, India dan banyak lagi.

Datanglah dan puaskan selera anda dengan pelbagai jenis hidangan gastronomi di atas kapal Libra! Semak pilihan makanan yang berbeza yang disediakan di dalam kapal Superstar Libra!

Tidak lupa juga, bagi muslim terdapat restoran yang disediakan untuk anda dan ditanggung halal! Tiada formaliti atau perbezaan pangkat dan jawatan.

Sekadar menjadi diri sendiri dan berhibur dan beristirehat dengan cara anda. Seperti namanya, pelayaran bebas anda!

4.PELBAGAI KEMUDAHAN REKREASI


Untuk Riadah & Sukan Yang Menarik!

Dengan adanya pelbagai kemudahan rekreasi yang dibina seperti spa, bilik permainan kanak-kanak, golf mini, kolam renang, gimnasium, rumah-foto dan pebagai macam lagi kemudahan lain, terdapat banyak aktiviti menghiburkan tanpa henti disini, menyeronokkan dan mempersonakan!

Nikmati kemudahan-kemudahan menarik yang disediakan di Kapal Superstar Libra!

5.LAYANAN PELAYARAN MENAKJUBKAN


Pengarah Pelayaran Yang Menakjubkan & Krew-Krew Antarabangsa!

Terdiri daripada 40 orang krew dari pelbagai kewarganegaraan, Kapten Kapal Scandavia tersebut dan pegawai-pegawainya, juga anak-anak kapal yang ada adalah antara pengalaman menarik yang akan terpahat di dalam memori para pelayar untuk dibawa pulang kelak!

6.TEMA YANG MENGUJAKAN DAN MENYERONOKKAN


Program-Program Yang Dibuat Khas Untuk Semua!

Program-program dan kepelbagaian tema yang menyeronokkan seperti perkhemahan percutian atau laut, sambutan red-hot Fiesta, Program Kesihatan, Kecergasan & Spa, Pelayaran Perkahwinan, dan sebagainya telah diaturkan untuk semua!

Tidak kira ianya untuk keluarga, untuk warga emas, kanak-kanak, pasangan dan malahan kumpulan-kumpulan korperat, akan terdapat sesuatu yang bersesuaian untuk dinikmati!

7.BERSANTAI DAN BERSENANG


Alami pengalaman penuh ketenangan di spa eksklusif Star Cruises Superstar Libra. Sauna yang ada akan membantu anda untuk detoxifikasi dan tukang urut terlatih kami boleh menghilangkan tekanan anda.

Superstar Libra juga lengkap dengan kolam renang di luar, dimana anda boleh mendapatkan rasa sejuk dan merasai tiupan angin nyaman.

8.BERHIBUR DAN BERSERONOK


Bukan relaksasi namanya tanpa rekreasi. Itulah sebabnya mengapa SuperStar Libra memiliki Skyline KYV, medan terbuka untuk berkaraoke dimana anda boleh menyerlahkan bakat anda sebagai bintang rock sejati.

Anda juga boleh melenggokkan badan di lantai tarian di medan terbuka kami atau menyaksikan persembahan bertaraf antarabangsa di Stardust Lounge kami.

9.JUADAH YANG MENYELERAKAN

Tidak ada keinginan makan yang akan terbiar begitu sahaja kerana SuperStar Libra menempatkan 8 buah bar premium dan pelbagai restoran.

Mereka menawarkan pelbagai hidangan masakan klasik yang tak terhitung jumlahnya dari seluruh dunia, disediakan secara mahir oleh chef-chef kami yang telah memenangi banyak anugerah masakan.

Pelayaran kami menawarkan pengalaman menyeluruh yang anda boleh nikmati sehingga empat makanan percuma setiap hari.

10.MIMPI INDAH & NYAMAN


Tidur seperti bayi di kabin khas atau suite kami. Dapatkan Suite Eksekutif untuk mengalami keselesaan terbaik dalam pelayaran atau menempah Kabin Khas Oceanview bagi menikmati lautan dalam tetapan peribadi anda.

PILIHAN ANDA

Adalah lebih seronok jika anda bebas membaut pilihan.

Anda boleh menikmati Pelayaran Gaya Bebas, yang bermaksud tiada jadual tetap dan pastinya tiada jadual perjalanan.

Lihatlah matahari terbit atau tidur sehingga matahari terbenam.

Berehatlah di kolam renang atau berhibur di lantai tarian. Ianya terpulang kepada anda, asalkan anda berseronok dengannya


111 views

SHAHMIE VACATION SDN BHD

(KPL 9835) 1243721-A

 

A-17-2nd Floor, Jalan Nautika No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor


Telephone : 03-6158 6313( Hunting line)
Email: jabir@shahmievacation.com

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9836

SSM 1243721-A

 

 

VISITOR COUNTER

pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com