Pemohon Visa USA Kini Perlu Serahkan Alamat Tempat Tinggal Sejak 15 Tahun Lalu



Anda bercadang nak mohon visa ke US? Mungkin berita ini bakal buat anda pening kepala beberapa hari.

Pengurusan di bawah Trump baru saja meluluskan syarat dan penambahan soalan questionnaire bagi mereka yang memohon visa ke Amerika Syarikat.

Pihak kedutaan Amerika Syarikat kini akan meminta maklumat kesemua akaun media sosial, nombor telefon, nombor passport dan alamat emel yang digunakan pemohon visa US sejak 5 tahun yang lalu. Sejarah perjalanan, pekerjaan dan alamat tempat tinggal pemohon sejak 15 tahun yang lalu juga akan diminta.

Syarat baru yang diluluskan pada 23 Mei 2017 ini merupakan sebahagian daripada implementasi yang dilakukan oleh Trump yang menjanjikan kawalan keselamatan yang lebih ketat ke atas warga Amerika Syarikat sewaktu kempen pemilihan presiden pada tahun lepas.


“Pegawai bertugas dibenarkan meminta pemohon visa menyediakan maklumat tersebut bagi pengesahan identiti dan menjalankan tapisan keselamatan yang lebih ketat,” ujar pegawai Jabatan Negara pada rabu lepas.

Walaupun soalan-soalan baru ini adalah secara sukarela, kegagalan menyediakan maklumat yang diminta boleh melambatkan atau menghalang proses permohonan visa individu terlibat.

Sebelum ini, Kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Trump telah mengenakan sekatan melarang membawa masuk ke dalam kabin kapal terbang peranti elektronik lebih besar daripada telefon pintar termasuk komputer riba, tablet, e-reader, kamera, pemain DVD mudah alih, dan peranti permainan tangan yang bersaiz lebih besar daripada telefon pintar.

Sekatan ini meliputi sesiapa saja yang terbang masuk ke US daripada negara Timur Tengah termasuk Jordan, Qatar, Kuwait, Morocco, United Arab Emirates, Arab Saudi, Mesir dan Turki.

Jadi sebelum anda memohon visa ke US, cuba-cuba lah ingat balik. Adakah anda pernah buka akaun Facebook lain di zaman kanak-kanak riang dan meninggalkan komen nakal di mana-mana satu ketika dulu?

Sumber : The Vocket


34 views

SHAHMIE VACATION SDN BHD

(KPL 9835) 1243721-A

 

A-17-2nd Floor, Jalan Nautika No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor


Telephone : 03-6158 6313( Hunting line)
Email: jabir@shahmievacation.com

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9836

SSM 1243721-A

 

 

VISITOR COUNTER

pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com
pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com