Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board

Kuala Lumpur, 12 Jun - Kerajaan negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Malaysia Tourism Board berkuat kuasa serta merta. Keputusan itu timbul selepas isu panas yang membabitkan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak , Abdul Karim Rahman Hamzah yang hangat baru-baru ini. Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan sebentar tadi berpendapat, peranan wakilnya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranannya dalam Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak. Kenyataan itu dimuat naik oleh Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad.

Menurut Sarawak Voice, isu yang tercetus timbul selepas Abdul Karim meminta kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan. Bagaimanapun, Nazri menempelak Abdul Karim dengan menyifatkan menteri itu sebagai 'setahun jagung'. “Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN." kata Nazri memetik laporan Sarawak Voice itu.

Sumber : Siakap Keli

24 views

SHAHMIE VACATION SDN BHD

(KPL 9835) 1243721-A

A-17-2nd Floor, Jalan Nautika No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor

Telephone : 03-6158 6313( Hunting line)
Email: jabir@shahmievacation.com

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9836

SSM 1243721-A

VISITOR COUNTER

pakej honeymoon,pakej bulan madu, www.jomhoneymoon.com